Friday, August 7, 2009

Mengapa breastfeeding baik utk ibu

Salam semua.

Kebiasaannya kita biasa lihat kelebihan susu ibu untuk bayi/anak-anak. Ramai juga masih keliru apa pula kebaikan utk si ibu? Sbb boleh kurus saja kah? Atau sbb jimat duit kah? Ada banyak sebenarnya. Kita kupas satu2:

1) saya mulakan dengan penyusuan akan membebaskan hormon oksitosin yang akan membantu uterus/rahim utk contract dan mengecut dan memberhentikan flow darah nifas (lochia) dgn cepat dan deliver placenta in one piece.

2) Mama mungkin akan merasai ini sepanjang tempoh penyusuan: Amenorrhea – perkataan yang besar dgn definisi yang ringkas: Tidak datang bulan/period. Ibu akan enjoy 6 bulan pertama tidak period selepas kelahiran baby dan kadangkala mencecah 1 tahun. Bayangkan, 9+6 = 15 bulan kita tak perlu susah payah mengalami menstruasi yang kadangkala sakit dibuatnya. In berlaku disebabkan Lactational Amenorrhea (kitaran haid pause semasa penyusuan) akan reduce fertility/kesuburan. Ianya method yang baik utk merancang keluarga selama 6 bulan. antara kebaikan LAM ini adalah menghalang si ibu dari terkena anemia (kurang darah merah) kerana penyusuan akan membuang iron (zat besi) dari badan mama pada kadar 0.3 miligram sehari.

3) Losing Pregnancy Pounds – Ini memang kebanyakan mama suka =) Mcm mana utk makan banyak namun masih lose weight? Tentulah breastfeeding! Tahu tak mama anda yang menyusu sgt2 bertuah, semasa anda menyusu baby, badan anda akan burn/bakar lemak yang tersimpan semasa kehamilan utk menghasilkan susu. Dan juga 500 kalori terbakar sehari! Walhal anda tak perlu jogging, tak perlu ke kelas tarian, tak perlu beli alat senaman mahal, hanya breastfeed dan tidur bersama anak (ohh saya sgt suka =) Namun mama harus ingat, berat badan bukannya turun sehari dua penyusuan, ianya mengambil masa. Teruskan penyusuan dan ambil makanan berkhasiat! =)

4) Ini yang paling istimewa: Bonding- Semasa menyusu si kecil mama akan dakap baby bukan? ini memberi peluang mama having time dgn babynya sendiri dan bermesra dgnnya with all her senses. Asas komunikasi kepada simanja adalah bermula dari penyusuan. skin to skin contact – akan membebaskan hormon prolaktin dan oksitosin secara semulajadi. Oksitosin yag dirembeskan membuatkan kedua2nya tenang. Hormon ini memang hebat, ianya akan membuatkan si mama berasa sayang terhadap anak yang dikandung walaupun apa yang berlaku di sekitarnya (contoh: perceraian, postpartum blues, anak luar nikah, masalah peribadi atau anak cacat)

5) Mengurangkan kanser payudara dan ovari – Perlu mama ingat baby tidak akan berjangkit kanser melalui susu ibu. Mama juga dapat mengurangkan risiko terkena penyakit ini melalui penyusuan. Pada tahun June 1999, terdapat sebuah kajian tentang susu ibu dan immunologi di publish di majalah “Discover” di bawah tajuk “Got Cancer Killers?” – Terdapat satu protein (dubbed HAMLET) di dalam susu ibu yang akan menyebabkan sel kanser “membunuh diri” – bukan di bunuh! Hebat kan?

6) Breastfeeding adalah environmentally friendly – sgt2 friendly. Tiada pengawet, tiada bahan kimia, tiada tin botol, tiada sisa selepas penyusuan, tiada pencemaran. Mungkin kita beranggapan “Alah, aku sorang je buat mcm ni bukan membantu sgt pun ke arah earth saver”. Namun percayalah, ianya utk generasi kita akan datang.

7) Breastfeeding akan menjimatkan kos sara hidup dan reputasi sebuah keluarga. Tiada susu yang mahal dan juga mama bukan pelanggan setia klinik pakar kanak-kanak. Mama akan lebih kerap ambil MC kerana anak tak sihat. Ini juga akan menjejaskan kerja2 mama di ofis. while anak2 yang breastfeed bukanlah tak sakit langsung, namun anda boleh lihat sendiri ketidak-kerapan anda ke klinik atau membeli ubat kerana si kecil mempunyai sistem pertahanan yang kuat oleh ubat semulajadi mereka – susu ibu =)

8) Papa suka: Ini pun penting! Keluarga papa adalah keluarga yang sihat, persekitaran yang bersih, kewangan yang baik, bebas dari feeding duties (membancuh susu), disamping potongan badan yang menarik dari pasangannya (isteri). Mama tentu suka bila badan anda yang ‘berat’ ketika mengandung telah ringan dan suami puji “Abg tengok bini abg ni makin slim la. seksi” =) Percayalah, breastfeeding akan menyebabkan seluruh keluarga menghargainya.

9) Penyusuan memberikan si mama merasa bangga kerana mama menjadi provider utk anak-anaknya. Walau apapun kata2 org di belakang, hati mereka sahaja yang tau betapa indah memberi yang terbaik utk anak-anak. Ibu itu sendiri percaya akan kehebatan tubuhnya: yang mampu menghasilkan susu utk tumbesaran anaknya. Walaupun kadangkala timbul “cukup ke susu ni” namun dgn kepercayaan terhadap diri sendiri itulah yang membuat si ibu berjaya menyusukan anak-anaknya selama mana rezeki anak-anaknya. walaupun tak capai 2 tahun, namun anggap rezeki anak sampai di situ. No worries. Si ibu telah provide tenaga, kasih sayang, dan segala-galanya walaupun dia bekerja. Terima kasih semua mama2!

________________________________________________________________

Itu saja lah coretan hari ini. Saya pasti ada bnyk lagi kebaikan, setiap ibu mengalaminya dgn cara yang berbeza. Saya hanya tulis beberapa strong point yang perlu mama tahu bila org tanya “apa baiknya penyusuan utk ibu?”. Now mama boleh jawab tanpa ragu2 =)

Dipetik dari http://www.sarakids.com/blog/

No comments:

Post a Comment