Wednesday, August 19, 2009

Pengenalan KUSSIM



Kumpulan Sokongan Susu Ibu Daerah Maran (KUSSIM) telah ditubuhkan pada 8 Julai 2009. Objektif utama penubuhan KUSSIM ini adalah untuk menyokong, melindungi dan mempromosi penyusuan susu ibu di daerah Maran supaya semua ibu dapat menyusukan bayi dengan susu ibu secara ekslusif dari lahir hingga berumur 6 bulan dan seterusnya dapat meneruskan penyusuan sehingga bayi berumur 2 tahun.

Ia merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan untuk membantu ibu dalam penyusuan susu ibu. Antara aktiviti utamanya seperti lawatan ke wad bersalin, lawatan ke rumah ibu bersalin, penglibatan dalam Minggu Penyusuan Susu Ibu, aktiviti advokasi dan promosi, temubual di media dan lawatan muhibbah.

No comments:

Post a Comment