Friday, October 30, 2009

Promosi di Kilang ALPS, Bandar Jengka

Pada 30 Oktober 2009, team KUSSIM berkesempatan mempromosikan keahlian di kalangan staf Alps Electronic, Bandar Jengka.











Tuesday, October 27, 2009

Perjumpaan ramah mesra bersama Penaung

Perjumpaan AJK KUSSIM bersama Penaung KUSSIM, Y.B Dato’ Hajjah Rosni Hj. Zahari DIMP., AMP beserta barisan AJK Wanita UMNO Bhgn Maran telah berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 23 Oktober 2009 (Jumaat)
Masa : 3.30 petang
Tempat : Pej. UMNO Pekan Tajau










Promosi di UiTM Pahang, Kampus Jengka

Tanggal 23 Oktober yang lalu bertempat di Lobby Bangunan Pentadbiran UiTM, KUSSIM berkesempatan ke Universiti Teknologi MARA Pahang, Kampus Jengka bagi mempromosi keahlian dikalangan staf UiTM.
Kaum adam turut sama memberi sokongan dengan menjadi ahli KUSSIM (seumur hidup). Syabas diucapkan!!!














Thursday, October 22, 2009

Bagaiman nak berjaya dalam penyusuan???

Ada email yang ibu terima bertanyakan bagaimana hendak berjaya dalam bf terutama mereka yang mempunyai target menyusukan anak selama 2 tahun...maka ini dapat ibu simpulkan hasil dari beberapa testimoni dan kajian yang ibu jalankan sendiri:

1. Menjaga pemakanan, susu yang dihasilkan merupakan hasil dari apa yang kita makan. Maka untuk menghasilkan kualiti susu pengambilan vitamin tidak boleh dipandang remeh. Ianya penting agar badan si ibu tidak mudah letih walau seharian bekerja ataupun bagi ibu yang tidak bekerja seperti ibu perlu vitamin bagi memastikan badan kita mendapat zat yang cukup. Ini kerana apabila si ibu itu mula letih dan tidak melakukan apa2 untuk mengatasi keletihan itu maka semakin lama si ibu ini pasti merasakan pengeluaran susu yang makin berkurang disebabkan badan tidak dapat berfungsi dengan baik dalam keadaan keletihan.

2. Banyakkan minum air...ini sering ditekankan oleh pakar nutrisi untuk bagi semua ibu yang menyusukan anak kerana susu itu sendiri adalah air maka mana datangnya susu jika bukan dari air yang kita minum? Ada seorang ibu ini merungut kepada ibu mengapa beliau merasakan tiada kesan ke atas tubuhnya walau telah mengambil vitamin. Maka ibu cuba membuat analisis dengan bertanya beberapa soalan asas....berapa banyak puan minum air sehari? "banyak" katanya. Boleh puan anggarkan berapa liter puan minum tanya ibu. Maka dengan yakin beliau menjawab," banyak saya minum iaitu 8 gelas sehari dan inipun jenuh hendak ke tandas membuang air kecil" ...Tersenyum ibu mendengar jawapannya. Sebagai ibu yang menyusukan anak, kita perlu minum sekurang2nya 2-3 liter sehari sedangkan ibu minum adakala 6-8 liter sehari pun doktor kata ibu tak cukup air. Ibu monitor pengambilan air dengan menyimpan air dalam beberapa botol air 2liter dan akan memastikan ibu minum sekurang2 3 botol sehari, alhamdulillah it works. Air ini penting kerana dengan banyak air, hati kita tenang, tidak mudah stress, tidak mudah melatah dengan menyalahkan perkara yang tida patut disalahkan...

3. Pengambilan booster sangat digalakkan namun perlu diingat beberapa perkara... booster atau kata lain pemangkin memerlukan asasnya. Apa yang dimaksudkan dengan asas?
Makan yang lengkap dan sempurna beserta air yang banyak barulah mendapat kesan yang betul dari pemangkin. Contoh pemangkin ialah alfalfa dan halba. Ibu dah pernah mengambil kedua2 ini dan kesannya ke atas susu hampir sama namun kesan ke atas anak berlainan sedikit. Berbuka dengan bubur lambuk yang mengandungi halba membuatkan Nasa mengalami cirit birit kerana halba adalah sedikit panas berbanding dengan alfalfa. Sepanjang berpuasa, mereka yang mengambil halba sebenarnya akan mengalami penghidratan yang lebih tinggi kerana sifat halba itu sendiri, sedikit sebanyak mempengaruhi pengeluaran susuibu. Berbeza dengan alfalfa, ianya dapat menyejukkan panas di dalam badan. Ada rungutan 2 dari 10 orang yang mengambil alfalfa mengatakan alfalfa tidak memberi kesan kepada pengeluaran susuibu...setelah di tanya dan dianalisis di dapati ibu2 ini menyusu anak ibarat melepaskan batuk di tangga. Mengapa ibu berkata demikian? Apabila di tanya kepada seorang ibu muda ini, pengambilan makanannya sangat ringkas... "Saya sarapan roti sekeping, lunch makan nasi tapi separuh pinggan maklum takut gemuk dan dinner saya ambil yang ringkas macam salad, burger McD atau roti. Air pula dalam 2 liter."...Bagaimana badan boleh mendapat khasiat yang cukup dengan diet sebegini? Ibu yang menyusu perlu makan banyak serta minum air yang banyak barulah badan mudah menghasilkan susu. Sebab itu ibu galakkan ibu lain yang menyusu makan sesuatu yang anda suka namun berpada2 juga di samping pengambilan vitamin agar makanan yang diambil dikhuatiri menjadi lemak tambahan kepada tubuh sehingga ibu itu boleh gemuk.

4. Kerapkan ke tandas untuk perkumuhan tubuh yang sihat. Pengambilan air yang banyak namun bilangan kekerapan ke tandas yang tidak selari dengan pengambilan air boleh mengakibatkan badan mengalami water retention. Apabila ini berlaku, seseorang itu dikatakan mempunyai risiko masalah buah pinggang atau kidney failure dan ini sangat bahaya untuk jangka hidup yang panjang.

5. Sabar, tabah dan istiqamah sangat penting dalam menentukan sesuatu kejayaan. Usaha tidak lengkap tanpa doa. Meningkatkan sesi mengepam sangat digalakkan dengan iringan doa, zikir dan selawat sambil mengepam dan sentiasalah mengucapkan syukur pada Allah atas setiap titisan susu yang keluar kerana sesungguhnya Allah akan sentiasa menambahkan nikmat dan rezeki kepada mereka yang bersyukur. Oh ya, ingin juga ibu kongsikan sesuatu yang ibu dapat dari hasil kajian ibu ke atas kes2 penyusuan , ibu yang mudah putus asa, cepat mengeluh, mudah tension atau stress terdiri daripada ibu2 yang kurang vitamin B Complex dalam tubuh mereka. Apabila ini terjadi mereka ini mudah melatah dalam perkara2 remeh sehinggakan dugaan kecil dari persekitaran menjadi satu isu besar...akhirnya ibu2 yang kurang vitamin B Complex ini mengambil langkah mudah berhentikan penyusuan susuibu.

Walaupun ibu bukanlah pakar laktasi tetapi ibu suka membuat kajian ke atas sesuatu masalah penyusuan susuibu kerana ilmu itu bukan sekadar dari buku tetapi dari kehidupan sebenar manusia.

Renung2kanlah dan selamat beramal.

ihsan dari www.anakkuwiraku.blogspot.com

Resepi menambahkan pengeluaran susu ibu (2)

Steak Lobak Putih

Bahan-bahan

* 5 keping lobak putih (setebal 1.5cm)
* 100gm daging (potong nipis)
* 2sb sos daging bakar/bbq or equavalent
* 1 biji bawang besar(potong bulat)
* sedikit minyak untuk menggoreng
* garam secukup rasa
* 1sk bijan
* 1 biji timun jepun

Cara-cara

1. Kupas kulit lobak putih, balut dengan plastik wrap, masukkan dalam microwave selama 5 minit.
2. panaskan frypan dengan sedikit minyak, goreng lobak putih sedikit keperangan kedua belah. angkat dan letak dalam pinggan.
3. dalam frypan yang sama, goreng bawang besar sampai layu. angkat dan letak atas pinggan.
4. tambah sedikit minyak dalam frypan, goreng daging yang telah digaul dengan garam. agak sudah masak, masukkan sos bbq dan bijan. angkat dan letak atas pinggan.
5. slice timun menggunakan peeler. tabur garam dan biarkan sekejap supaya layu. basuh dan lap air. hiaskan atas pinggan bersama lobak putih dan daging.

Lobak putih adalah salah satu makanan yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu..dan baik untuk kesihatan ginjal.

Resepi menambahkan pengeluaran susu ibu (1)

RESEPI KERABU JANTUNG PISANG

Jantung pisang dikatakan boleh membantu menambah pengeluaran susu ibu. Resepi ini adalah salah satu cadangan bagi menikmati jantung pisang disamping menambah pengeluaran susu anda. Selamat mencuba!

Bahan-bahan Utama
Jantung pisang - 2 biji (kalau besar sebiji je)
Ikan selayang - 5 ekor
Kelapa parut - sebijik
Bawang merah - 10 biji
Halia - 1.5 inci
Santan - 250ml
Garam halus - Secukup rasa (agak-agak 2 sudu teh)
Gula - Secukup rasa (agak-agak 1 sudu teh)

Bahan-bahan Tambahan (masuk lagi sedap, tak masuk pun takpe)
Bahan-bahan tambahan ni takde limit actually. Dah nama kerabu kan? So, apa-apa pon boleh. Daun kesom pon boleh, bunga kantan pon boleh, daun selom pon boleh, kacang panjang pon boleh dan bla bla bla... As long as dia tertakluk dalam golongan kerabu. Saya suggestkan kacang botol, sebab dia bagi crunchy sensation sket.

Cara-cara Membuat

Langkah Pertama
Jantung pisang - Celur. Tos dan racik.
Ikan selayang - Rebus sehingga masak. Setelah masak, isinya diambil dan ditumbuk.
Kelapa parut - Goreng tanpa minyak sehingga kekuningan. Seterusnya tumbuk.
Bawang merah - Ditumbuk sehingga agak lumat.
Halia - Ditumbuk sehingga lumat.

Langkah Kedua
Campurkan bahan-bahan dari "Langkah Pertama". Masukkan santan, garam halus dan gula (kalau ada "Bahan-bahan Tambahan", campur laa sekali). Pastikan santan yang dimasukkan tidak menyebabkan kerabu menjadi berkuah. Kalau dah berkuah, panggilnya kerabu lagi ke??? Gaulkan sehingga sebati.

Thursday, October 8, 2009

Mesy Bil.5/2009

Tarikh : 5 Oktober 2009
Jam : 3.00 ptg
Lokasi : Kediaman Rasmi Pengerusi KUSSIM

Membincangkan perancangan lawatan dan aktiviti KUSSIM sehingga Disember 2009.






Selamat datang diucapkan kepada Cik Nurul Ain Azizan (Peg. Zat Makanan) akan turut bersama-sama menggerakkan aktiviti KUSSIM. Semoga sentiasa berbahagia di bumi Pahang :-)

Majlis Penyampaian Sumbangan Anak Yatim

Mengambil keberkatan bulan Ramadhan yang mulia, KUSSIM berganding bahu bersama² Adun Kawasan Chenor Y.B Dato' Hj. Tan Mohd Aminuddin Hj. Ishak serta anjuran bersama Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Maran & Gold Wing Association Malaysia (GOAM) mengadakan majlis berbuka puasa seterusnya menyampaikan sumbangan kepada anak² yatim. Dilaksanakan pada 12 September yang lalu berlokasikan perkarangan Masjid Jamek Kg Jengka Batu 13, Maran Pahang. Penaung KUSSIM, Y.B Dato’ Hajjah Rosni Hj. Zahari turut bersama² menjayakan majlis.