Monday, September 14, 2009
Selamat Mengakhiri Ramadan dan Menyambut Syawal
*Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Hari Raya
-Amalkan jarak sosial yang selamat- pastikan jarak >1m dari individu lain terutamanya jika individu itu tidak sihat semasa di rumah atau menziarahi sanak-saudara.
-Elakkan dari mencium tangan atau pipi individu yang mempunyai gejala ‘Influenza-like Illness’- demam, batuk, selsema dan sakit tekak.
-Lazimkan membasuh tangan dengan betul- terutamanya selepas bersalaman dengan orang ramai.
-Pengudaraan rumah/bilik yang bagus- buka tingkap semasa di rumah.
-Amalkan pemakanan yag sihat dan seimbang serta air yang mencukupi.
-Elakkan berada di tempat/majlis yang sesak/padat. Jika perlu, sila pakai 'mask' dan kurangkan masa berada di tempat tersebut.
Jika anda sakit (demam, batuk atau selsema);
#Sila dapatkan rawatan dengan segera
#Berehat secukupnya di bilik berasingan daripada ahli keluarga yang lain
#Elakkan dehidrasi dengan banyakkan minum air (mineral, isotonik, jus buah) dan makan sup/bubur.
#Jika anda masih ingin pergi beraya- sila pakai ’mask’ dan elakkan bersalaman atau mencium individu lain terutamanya golongan tua, kanak-kanak, ibu mengandung dan berpenyakit kronik (diabetes atau asthma)
#Amalkan etika batuk- tutup mulut/hidung dengan tisu/sapu tangan
#Basuh tangan selepas batu/bersin
#Elakkan berkongsi peralatan peribadi- contohnya tuala, selimut, pinggan dan cawan
#Dapatkan cuti sakit (MC) dan jangan kembali bertugas selagi anda belum sembuh sepenuhnya.
Sila ulangi rawatan jika;
#sukar bernafas atau sakit dada berterusan
#batuk berdarah
#demam tinggi berterusan >3 hari
#cirit birit/muntah berterusan
#berkelakuan ganjil atau sawan
#lemah/pening ketika berdiri dan kurang buang air kecil
PENCEGAHAN INFLUENZA A (H1N1) TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment