Sunday, November 22, 2009

Pelancaran KUSSIM dan Minggu Susu Ibu Maran

Alhamdulillah...
Itulah kalimat yang harus diucapkan bilamana Pelancaran KUSSIM dan Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat Daerah Maran telah berjaya dimurnikan pada 31 Oktober 2009 yang lalu berlokasikan Dewan Sek. Keb. Felda Bukit Tajau, Maran.

Majlis telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Maran, YB Dato' Haji Ismail b. Haji Abd. Muttalib DIMP., SAP., AAP., AMP., PKC.

Program NUR BESTARI ini adalah usahasama Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kawasan Parlimen Maran dan dianjurkan bersama Pejabat Kesihatan Daerah Maran,KUSSIM, Pergerakan Wanita UMNO Bhgn Maran, Jawatankuasa Kemajuan Kawasan Kampung (JKKK) dan PIBG Sek. Keb. Felda Bukit Tajau.

Pelbagai slot turut dimuatkan sempena program ini antaranya senamrobik, ceramah Kebaikan Susu Ibu dan Wanita(oleh Dr. Sharifah Fotimah Syed Abdullah, PKK Bandar Jengka) ,Pemakanan Secara Sihat (oleh En. Khairul Nizam Baharum, Pen. Pgrh Kanan Pemakanan) dan Etiket Sosial dan Penampilan Diri (Pn. Hazlin Hassan, Pensyarah Pengurusan Pejabat UiTM Pahang Kampus Jengka), persembahan kanak² tabika KEMAS Jengka 2, Penyampaian sijil kepada AJK KUSSIM,

Sekalung penghargaan, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli KUSSIM dan pihak² lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas kecemerlangan komitmen dan kejayaan penganjuran program.

Semoga KUSSIM terus mara!!!.



















































Monday, November 9, 2009

Mesyuarat Bil.6/2009

Mesyuarat Persatuan KUSSIM dan Maklumbalas Perlaksanaan Tindak Susul Ibu Postnatal dari Hosp. Jengka oleh Ahli KUSSIM

Tarikh : 05 November 2009
Lokasi : Bilik Mesy. Aras 3, Bgnn Persekutuan Maran




Monday, November 2, 2009

Ubat-Ubatan dan Penyusuan Susu Ibu




Just some info to share with all mommies..

Kesedaran terhadap peri pentingnya penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu telah banyak mempengaruhi sebahagian besar kaum wanita untuk menyusu anak-anak mereka dengan susu badan. Walau bagaimanapun terdapat sebahagian dari mereka ini terpaksa mengambil ubat-ubat atas sebab-sebab tertentu ketika menyusukan anak mereka. Ini memerlukan perhatian kerana ia boleh menimbulkan kesan ke atas anak yang menyusu.

Kebanyakan dari ubat-ubat ini mengalir melalui saluran darah dan sebahagian kecil darinya akan masuk ke dalam susu ibu. Sesetengah dadah atau ubat-ubat ini boleh menimbulkan masalah kepada bayi. Untuk mengurangkan pendedahan bayi anda terhadap ubat-ubatan, anda perlu berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi.

Bagaimanakah anda dapat mengurangkan pendedahan bayi anda terhadap ubat-ubatan?

Beritahu doktor bahawa anda sedang menyusukan anak anda setiap kali berjumpa doktor untuk sesuatu rawatan.
Hentikan pengambilan ubat tersebut sekiranya tidak begitu perlu.
Mengambil ubat selepas sahaja menyusukan bayi bagi memastikan kadar ubatan di dalam susu berada pada kadar yang rendah bagi penyusuan seterusnya..
Mengambil ubat sebelum bayi tidur untuk jangka waktu yang lama.
Hentikan penyusuan buat sementara waktu jika perlu.

Apakah langkah pengawasan yang perlu diambil?

Mintalah nasihat dari doktor ataupun ahli farmasi sebelum mengambil sesuatu ubat.
Sekiranya anda menyusu badan dan perlu mengambil ubat-ubatan tertentu, bawalah
bayi anda untuk pemeriksaan tetap bagi mengesan sebarang tindakbalas atau kesan sampingan yang mungkin berlaku.
Ambil ubat sebaik sahaja selepas bayi disusukan supaya paras dadah di dalam susu adalah pada kepekatan terendah sebelum penyusuan seterusnya diberikan.

Jangan sekali-kali:

Merokok
Meminum alkohol
Mengambil sebarang ubat kecuali sangat perlu
Merasa bimbang
Terasa tertekan

Bahan-bahan yang mendatangkan kemudaratan

Mana-mana ubat yang tidak dinyatakan di bawah ini tidak bermakna ia selamat digunakan ketika penyusuan. Dadah yang biasanya digunakan yang tidak memerlukan preskripsi doktor. Sentiasa ingatkan doktor anda atau pegawai farmasi bahawa anda menyusukan anak anda dengan susu badan setiap kali anda berjumpanya untuk sesuatu masalah kesihatan. Senarai ubat-ubatan dan bahan-bahan yang tidak selamat digunakan semasa menyusukan bayi yang kerapkali digunakan adalah seperti berikut:

Alkohol - Penggunaannya mendatangkan mudarat. Penggunaan secara kerap meninggalkan kesan buruk. Dan boleh menimbulkan risiko walaupun digunakan sekali-sekala.

Analgesik (penahan kesakitan) – Kesan berbahaya tidak diketahui setakat ini.

Aspirin - Jika digunakan sekali-sekala ia adalah selamat, tetapi jika diambil selalu boleh memudaratkan.

Parasetamol - Belum terdapat kesan yang memudaratkan walaupun diambil selalu.

Codeine - Belum terdapat kesan yang memudaratkan walaupun diambil selalu.

NSAIDS (Ubat anti-radang tanpa steroid, contohnya Diklofenak, Asid mefenamik, Naproksen dan sebagainya) - Gunakan secara berhati-hati. Berbincanglah dengan doktor atau pegawai farmasi.

Antihistamina - Penggunaannya tidak digalakkan. Ia mengurangkan bekalan susu dan mengganggu bayi. Berbincanglah dengan doktor atau pegawai farmasi

Antasid - Belum terdapat kesan yang memudaratkan walaupun diambil selalu.

Ubat menghalang cirit-birit

Antidiarrhoeals– Kesan berbahaya tidak diketahui setakat ini.
Kaolin - Kesan berbahaya tidak diketahui setakat ini.

Loperamide - Gunakannya dengan berhati-hati. Berbincanglah dengan doktor atau pegawai farmasi

Atropin - Penggunaannya tidak digalakkan.

Kafein - Kandungan kafein yang tinggi dalam minuman boleh menyebabkan gangguan pada bayi (4 cawan atau lebih sehari).

Sediaan ubat batuk dan selsema

Dekstrometorfan - Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini

Fenilproparolamin/ fenilefrin - Guna dengan berhati-hati. Ia boleh mengurangkan bekalan susu menyebabkan kerengsaan pada bayi. Berbincanglah dengan doktor atau pegawai farmasi.

Folkodein - Gunakan dengan berhati-hati. Berbincanglah dengan ahli farmasi.

Pseudoefedrin - Gunakan dengan berhati-hati. Boleh mengurangkan pengeluaran susu dan menyebabkan bayi meragam. Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi.

Ubat sedut (untuk asma)

Salbutamol - Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini.

Terbutalin - Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini.

Zat Besi (untuk Anaemia) - Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini jika makan mengikut dos yang disarankan oleh doktor.

Iodin - Penggunaannya adalah dilarang semasa penyusuan susu badan, ianya mungkin memberi kesan kepada kelenjar tiroid. Jika perlu digunakan, hentikan penyusuan susu ibu

Julap

Laksatif atau julap - Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
Julap Perangsang - Boleh menyebabkan cirit- birit pada bayi.

Nikotin (contoh: Tampalan Nikotin bagi rawatan pengurangan tabiat merokok) - Boleh mengurangkan pengeluaran susu, menyebabkan bayi muntah, cirit birit dan meragam. Jangan guna sewaktu tempoh kehamilan dan penyusuan ibu

Vitamin - Berhati-hati dengan pengambilan vitamin D, E, piridoksin dan tiamin dalam kuantiti yang banyak. Jangan ambil Vitamin A dalam dos yang tinggi sewaktu hamil. (Tidak dibenarkan sewaktu hamil)

Ubat cacing

Pyrantel pamoat - Kesan berbahaya tidak diketahui.
Mebendazol - Pengambilan tidak digalakkan semasa penyusuan susu ibu.
Albendazol - Pengambilan tidak digalakkan semasa penyusuan susu ibu.

PERINGATAN

Ubat-ubat yang tidak boleh diambil ketika menyusukan anak, termasuklah:

Bromokriptin (parlodel) - Ubat yang digunakan untuk penyakit Parkinson. Ia juga mengurangkan bekalan susu ibu. Dadah kemoterapi untuk rawatan kanser. Memandangkan ia membunuh sel di dalam badan ibu, mungkin boleh membahayakan anak anda.

Ergotamin (untuk migran) - Menyebabkan muntah, cirit-birit, sawan pada bayi.

Lithium (penyakit mental) - Dirembeskan melalui susu ibu.

Methotrexate (arthritis) - Mengganggu sistem pertahanan tubuh bayi.

Asap rokok, nikotin dan pelbagai kimia (perokok aktif atau pasif) - Jangan merokok ketika menyusukan anak. Nikotin boleh menyebabkan bayi muntah, cirit-birit dan kelesuan malah susu ibu juga akan berkurangan. Merokok semasa mengandung, atau menyedut asap rokok orang lain (passive smoke) boleh meningkatkan risiko kematian bayi secara mendadak (SIDS) dan meningkatkan jangkitan saluran pernafasan dan jangkitan dalam telinga.

Kokain dan Pensaiklidin (PCP) - boleh menghayalkan bayi dan memberikan kesan keracunan pada bayi anda.

Amfetamin, heroin and marijuana - Memberikan berbagai kesan termasuklah tidak selesa, kerengsaan, gangguan tidur, menggigil dan muntah-muntah. Bayi juga boleh menjadi ketagih dengan pengambilan dadah ini melalui susu badan.


Kompilasi dari sumber : http://www.infosiha t.gov.my/ penyakit/ penyakitU/ Ubat_Penyusuan% 20susu%20ibu. pdf dan http://www.infosiha t.gov.my/ penyakit/ Ubat/LaktasiUbat .pdf

Pemberian susu lembu punca gejala sosial?


Oleh Halina Mohd Noor

Kisah Aminah upah Halimatusaadiah sebagai ibu susuan Nabi Muhammad peringatan penting.

MUNGKINKAH parahnya penyakit sosial di kalangan masyarakat hari ini adalah akibat meminum susu lembu sebagai ganti susu ibu? Mahu atau tidak, inilah hakikat yang perlu dipertimbangkan semula kerana bijak pandai mengatakan, ‘Kita adalah apa yang kita makan’.

Tidak hairanlah manusia yang dilahirkan, tetapi diberi minum susu lembu memiliki ciri seekor lembu atau kata lain, bersifat kebinatangan. Bunyinya keras, tetapi lihatlah masyarakat hari ini yang lebih ganas daripada binatang liar.

Sumbang mahram, rogol dan bunuh, dera dan sebagainya semakin menjadi-jadi. Keganasan sering kali dipilih sebagai kaedah penyelesaian masalah walaupun bagi masalah kecil.

Kebimbangan wujud manusia berciri kebinatangan hari ini disuarakan tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz ketika menyampaikan ceramah sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, sikap lebih gemar memberi susu lembu kepada bayi berbanding susu ibu menyebabkan masyarakat tidak sedar bahawa mereka sedang menjana manusia ‘Nas’ yang bersifat kebinatangan.

“Manusia terbahagi kepada dua iaitu manusia ‘Nas’ yang tidak menggunakan akal dan suka melakukan kemungkaran dan satu lagi, manusia ‘insan’ yang lebih cenderung kepada kebaikan dan memelihara diri daripada kejahatan.

“Jika diperhatikan, di dalam al-Quran ada 300 ayat yang bermula dengan perkataan ‘Wahai Nas’ yang diturunkan pada zaman jahiliah di Makkah, manakala hanya 82 ayat yang bermula dengan ‘Wahai insan’ yang diturunkan di Madinah. Ini menunjukkan manusia ‘insan’ yang bercirikan kemanusiaan kurang berbanding manusia ‘nas’. Malangnya, manusia hari ini semakin tergolong ke dalam manusia ‘nas’,” katanya yang menyampaikan ceramah bertajuk Menjamin Sahsiah dan Hubungan Sesama Manusia .

Beliau berkata, jenayah yang dilakukan masyarakat hari ini jauh lebih buruk daripada masyarakat jahiliah. Sungguhpun mereka dikenali kerana kekufuran, pada zaman berkenaan tidak ada bapa yang merogol anak sendiri atau membuang bayi yang dilahirkan ke merata tempat.

Tahap ‘kebinatangan’ mereka tidak seteruk masyarakat hari ini kerana mereka tidak memberikan bayi mereka dengan susu binatang lain.

“Peranan ibu yang utama ialah menyusukan anak dengan susu badan seperti yang ditentukan dalam al-Quran. Ini sudah ditunjukkan ibu Nabi Muhammad, Aminah. Selepas lapan bulan Muhammad dilahirkan, susu Aminah kering, tetapi dia tidak terfikirpun untuk menggantikannya dengan susu kambing yang banyak di rumahnya.

“Sebaliknya, Aminah lebih sanggup mengupah Halimatusaadiah untuk menyusukan Muhammad. Melalui kisah Aminah, Allah sengaja hendak mengajar umatnya bahawa wanita lain boleh menyusukan anak orang lain dan mereka digelar ibu susuan yang haram berkahiwn dengan anak dan saudara daripada ibu susuan tadi. Syaratnya, mereka perlu disusukan sehingga kenyang,” katanya.

Ada rahmat terselindung di sebalik persoalan, mengapa susu manusia terlekat pada dada berbanding binatang lain. Ini bagi memudahkan ibu memeluk bayi sewaktu menyusu di mana pelukan ini akan menjana sahsiah si anak dan mengukuhkan ikatan ibu anak.

“Sedangkan haiwan juga ada sifat keibuan dengan sanggup menyusukan anak mereka. Mengapa manusia tidak sanggup, malah tergamak memberikan susu haiwan lain kepada anaknya? Ibu bapa yang memberikan anak susu lembu dan anak membesar menjadi jahat, ibu bapa itu akan dipersalahkan dunia dan akhirat,” katanya.

Anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, tetapi kedua ibu bapa menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Terpulang kepada ibu bapa untuk memilih yang terbaik buat anak mereka.

Sunday, November 1, 2009

PENGUMUMAN MUTAKHIR !!! Promosi Minggu Susu Ibu Maran

Promosi Minggu Susu Ibu Maran akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Pada : 31 Oktober 2009 (Sabtu)
Tempat : Sek. Keb. Bukit Tajau
Masa : 7.30 pagi - 1.30 ptg

Pelbagai slot menarik menanti anda..